Kalau di dalam entri sebelum ini saya telah menerangkan perihal sifat semulajadi kucing sebagai pemburu.
Di dalam entri ini pula, saya akan memperlihatkan sifat mereka sebagi pemburu.
Gambar di sebelah kanan, kelihatan yang sedang memerhati mangsa.
Kucing akan memerhati gerak geri serta mempelajari mangsanya sebelum mengambil langkah seterusnya. Pada ketika ini difahamkan mereka sedang merangka strategi bagaimana untuk menumpaskan mangsanya. Menarik bukan.
Kucing akan memerhati gerak geri serta mempelajari mangsanya sebelum mengambil langkah seterusnya. Pada ketika ini difahamkan mereka sedang merangka strategi bagaimana untuk menumpaskan mangsanya. Menarik bukan.
Apabila mereka berasa yakin, mereka akan mula mengorak langkah.
mula bergerak, sambil merendahkan badannya seperti ingin membuat serang hendap.
Perhatikan juga matanya, yang fokus terhadap objek atau mangsa yang sedang di tuju.
Seterusnya mereka akan menerkam mangsa mereka.
Dalam gambar di sebelah kiri kelihatan telah berjaya menerkam mangsanya.
Biasanya mereka akan memegang mangsa dengan kaki hadapan, dan menggigit mangsa di bahagian tengkuk. Mereka akan memegang dalam tempoh yang agak lama bagi melemahkan mangsa.
Setelah pasti mangsa telah tewas, barulah mereka memindahkan mangsa seperti dalam gambar di bawah.
Kelihatan sedang memindahkan hasil tangkapannya
Mereka akan memindahlan mangsa
- sekiranya merasakan di situ tidak selamat untuk menikmati hidangan tersebut
- sebagai bukti yang mereka telah berjaya menangkap tikus
- sebagai cenderahati kepada pemilik, hehePernah tak SiComel anda membawa balik hasil tangkapan mereka? Tentu anda tertanya mengapa? haa SiComel ingin memaklumkan pada anda “Saya pemburu hebat “
GAMBAR INI SAYA COPY.
No comments:
Post a Comment