Tanda-tanda dan Rawatan Kucing Demam
Tanda-tanda si comel bulus ni demam :
1- Kurang selera makan 2-3 hari sebelum demam. Kibbles(biskut kucing) dia tak makan, wetfood pun kurang dah.
1- Kurang selera makan 2-3 hari sebelum demam. Kibbles(biskut kucing) dia tak makan, wetfood pun kurang dah.
2- Biasa kucing cari rumput untuk terapi sakit dia. Kat kampung selalu je kucing-kucing makan rumput dan muntahkan semula. mungkin muntahkan bahan-bahan kotor dalam perut dia.
3- Hilang terus selera makan.
4- Tidur lama sangat. Kucing memang kuat tidur ya. Mereka boleh tidur 16-18 jam sehari. Tapi masa demam (contoh) jam 1 petang sampai 9 malam. Kan luar biasa tu..
5- Telinga sejuk. Area cuping telinga kucing akan jadi sejuk. Tanda dia demam tu.
6- Hidung kering. Kucing sihat hidung dia lembab.. kalau dia tak sihat, kering hidungnya. Mungkin sebab dehidrasi kan. Air tak mo minum, sebab tu kering je.
7- Tak mahu dipegang. Bila pegang, dia mengerang macam kita berkasar dengan dia. padahal dah angkat paling lembut dah. Macam dia sakit satu badan.
8- Tidur di tempat tersorok. Ya, dia tidur ntah mana-mana. Sampai mencari-cari kitorang laki bini. Selalu panggil nama dah terjogol dia dah.
9- Bulu dia jadi macam meremang, bergumpul, luruh, Tapi bulu dia memang jadi lain. macam kembang kembang tak terurus sikit.
10- Badan dia panas sangat. Kucing badan dia memang hangat tau. tapi kalau hangat luar biasa tu, kita akan rasa lain..
Cara-cara Rawatan :
1- Air kelapa
Malam dia demam tido sampai berjam jam tu, rasa badan dia memang panas sangat, terus keluar cari kedai / kait buah kelapa di luar umah bungkus air kelapa. Kasi dia minum. Even dia menolak. paksa gak guna picagari, termasuklah kalau kucing makan racun, kalau cepat kasi air kelapa, insya allah selamat.
2- bawa ke veterinar.
Bawak gi vet kerajaan / swasta. Masa jumpa ke klinik tu, doc akan masukkan termometer kat anus dia, doc akan lihat bacaan kalau 40 darjah celcius Kata doc demam panas. Terus kena injection jika perlu.

3- Kerap bagi air.
Masa ni kucing memang tak nak minum or makan. Tapi nak tak nak kena juga force feed dia. especially air. sangat perlu. sangat sangat! sekerap yang boleh ya.. Kasi air guna syringe. 2 jam sebelum kasi ubat demam dia, saya force feed dia air glucose dan sekejap sekejap syringe dia air masak.

* Air glucose memberi tenaga kepada mereka.
4- Kerap menyuci telinga
Masa kucing demam, kita kenalah kerap menyuci telinga mereka mnggunakan minyak dan colton buds, supaya panas didalam badan mereka mudah keluar.